BAHAGIAN A
- Memindahkan maklumat dari gambar.Fahamkan kehendak soalan, samada tulis ayat lengkap tentang gambar, aktiviti atau situasi.
- Jumlah perkataan tiada hadnya.
- Membina 5 ayat sahaja. ( yang lebih diabaikan – tiada penilaian /pemarkahan)
- Gambar yang diberi samada gambar bersiri atau gambar tunggal.
- Jika gambar kitaran,ikut anak panah - berurutan.Graf ,carta ,jadual ,borang dan seumpamanya dijangka akan disoal.
- Bilangan ayat mengikut nisbah jika gambar bersiri.Contohnya 2:1:1:1 = 5 atau 2:1:2 dll.
- Ayat berdasarkan aktiviti/situasi/umum tentang gambar atau pernyataan dalam graf , jadual dll – apa yang anda lihat iaitu yang tersurat.
- Ayat bukan yang tersirat spt;
Membuat penilaian
Ayat yang tiada kaitan langsung dengan gambar
Gambaran negatif
Salah membuat tafsiran mengenai gambar
Lain-lain yang tiada kaitan
- Ayat selapis / tunggal boleh diterima ( Subjek + Predikat ) tetapi digalakkan membina ayat majmuk bagi mendaptkan markah pada aras yang lebih baik.Guna kata hubung, kata penyanbut, penanda wacana dan sebagainya.
- Ayat mestilah dibuat dengan memnggunakan nombor, sempang, simbol atau huruf.
- Setiap jawapan mestilah dalam satu ayat, tidak dalam perenggan.
- Ayat yang ada kesalahan tatabahasa, boleh menaik-turunkan aras markah.
- Isi atau ayat yang berulang tiada markah.
- Pastikan ayat / isi mengikut urutan cerita.
- Penskoran markah
Gred
|
Markah
|
Kesalahan
Tatabahasa
|
A
|
09 - 1 0
|
00
- 03
|
B
|
06 - 08
|
04
- 06
|
C
|
04 - 05
|
07
- 09
|
D
|
02 - 03
|
10
- 12
|
E
|
00 - 01
|
13
ke atas
|
- Kira dengan betul bilangan watak dalam gambar atau lain-lain yang berkaitan.
- Tulisan mesti kemas, cantik, jelas dan mudah dibaca dan difahami.
- Watak dalam gambar boleh diterima seperti saya, Atan dan sebagainya.
- Masa yang dicadangkan 15 minit untuk membina 5 ayat / Pemarkahan diberi secara holistik / keseluruhan dalam 5 ayat.
Teknik membina ayat yang dicadangkan;
Aras 1 - apa yang berlaku / situasi yang berlaku.
Aras 2 - apa yang berlaku / situasi yang berlaku
-
apa alat / bahan yang digunakan
-
di mana berlaku
-
( gunakan kata hubung ; dengan
, pada , akan di , ke )
Aras
3 - apa yang berlaku / situasi yang
berlaku
-
apa alat / bahan yang digunakan
-
di mana berlaku
-
apa tujuan / faedah / kesan
-
( gunakan kata hubung ; supaya,
untuk, bagi, kerana )
Nota : Bagi
soalan aktiviti, gunakan formula ini:- asbagaupa di mana bila.
terima kasih kerana berkongsi maklumat
ReplyDelete