Sunday 2 September 2012

Pengenalan BMM 3105

Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami tentang kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Modul ini memperkenalkan kepada anda, tajuk-tajuk yang perlu dilaksanakan. Terdapat juga maklumat berkaitan panduan dan tunjuk cara menghasilkan sesuatu produk pembelajaran. Kebanyakan kandungan kursus ini memerlukan amali, pelajar perlulah sentiasa mempraktis secara terus dengan merujuk modul dan tanpa merujuk modul.

Modul ini hanya panduan umum sahaja, berbincanglah dengan pensyarah dan rakan sekuliah bagi mengikuti kursus ini sejaya mungkin. Modul ini mepunyai 15 tajuk yang dibahagikan kepada lima kali interaksi. Dalam satu interaksi mengandungi tiga tajuk utama. Maklumat tersebut boleh dirujuk dalam Agihan Tajuk kursus. Diharapkan semua pelajar berjaya mengikuti kursus ini dan menjadi guru berinovasi.

No comments:

Post a Comment