Sunday, 2 September 2012

TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU 01

1.0 Sinopsis
Kandungan tajuk ini memberi panduan kepada para pelajar menggunakan sesawang, video, audio, teks dan imej. Selain itu, pelajar menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, pelajar menyimpan bahan dalam bentuk Fail Alamat Internet dan Katalog Alamat Internet.

1.1 Hasil Pembelajaran
a) Mengenal pasti sumber dan enjin pencari bahan Bahasa Melayu.
b) Mensintesis maklumat untuk memperoleh pemahaman yang koheren.

1.2 Penggunaan Enjin Pencarian Bahan Bahasa Melayu
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu merupakan bahan yang sinonim dengan penggunaan medium teknologi. Namun, penggunaan yang lestari harus berfokuskan kepada pencarian bahan yang lebih mudah, praktikal, dan berteknologi terkini. Penggunaan enjin pencarian bahan adalah sebahagian daripada penglestarian teknologi maklumat dan komunikasi tersebut. Pentingnya penggunaan enjin pencarian bahan ini dapat dijelaskan melalui:

1.3 Menggunakan Web, Video, Audio Dan Imej
Dalam proses pencarian maklumat, terdapat beberapa pembekal maklumat di internet:


Setiap pembekal mklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks dan grafik. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaip alamat internet. Sering kali ketika pengguna klik ikon ‘internet’, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semulajadi.


Rajah 1 : Pembekal Maklumat Web

1.4 Menggunakan Kata Kunci, Frasa Untuk Mencari Bahan Pengajaran
Pengenalan Kata Kunci dan Frasa


Rajah 2 : Pendifinisian Makna
Rajah 3 : Proses Mendapatkan bahan

1.5 Menyimpan Bahan Dalam Bentuk Fail Internet Dan Katalog Internet.
Bahan yang diperolehi dalam internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet (URL) dan katalog internet. Sila lhat prosedur di bawah. Bahan-bahan yang telah disimpan ini bukan hanya boleh digunakan ketika ada talian, malah boleh juga digunakan secara “offline” ataupun sekiranya tiada talian internet.
 
 Rajah 4 : Proses Menyimpan Bahan


1.6 Fail Internet
Fail internet merupakan medium penyimpanan alamat laman web yang telah dipindahkan ke dalam bentuk “Microsoft Word”.
Rajah 5 :Contoh Fail Internet
Ayat Aktif     http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_aktif
Ayat Pasif     http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_pasif
Ayat Perintah http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_perintah

Ayat Nafi  http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_nafi
Ayat Tanya  http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_tanya
Ayat Songsang http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_songsang
Ayat Inti  http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_inti
Ayat Gabungan  http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_gabungan
Kata Nama  http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama
Kata Kerja http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja
Kata Adjektif  http://ms.wikipedia.org/wiki/Adjektif
Kata Tugas http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_tugas
Kata Sendi  http://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu)#Kata_sendi
Kata Seru  http://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu)#Kata_seru

1.7 Katalog Internet
Katalog internet adalah medium untuk pengguna menyimpan bahan secara lebih tersusun dan mudah untuk dicari pada masa akan datang. Dengan menggunakan katalog internet, pengguna dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan berpandukan sinopsis yang disertakan:


 

Rajah 6 dan 7 menunjukkan prinsip dan bentuk fail katalog. Penyediaan fail katalog boleh dilakukan sendiri oleh pengguna mengikut fahaman mereka namun prinsip asas penyediaan katalog ini harus memenuhi ketiga-tiga prinsip dalam Rajah 6.
 

No comments:

Post a Comment